Simple. Connected. Ready to serve.
SUPPORT CENTRE

Help & FAQ

Jawapan kepada soalan yang selalu ditanya

Memulakan

Macam mana nak mula guna Kiosk POS?

Selepas bayaran Stripe berjaya, anda akan diarahkan ke halaman setup. Ikut langkah ini:

  • Set PIN 4 digit anda
  • Simpan link Admin, POS, KDS dan QR yang dipaparkan
  • Log masuk ke Admin Panel dan tambah menu anda
  • Print atau share QR code untuk pelanggan scan
Di mana saya boleh jumpa link untuk POS, KDS dan QR saya?

Semua link ada di halaman setup selepas bayaran. Format link anda:

  • POS: kiosk-pos.pages.dev/pos.html?t=SLUG
  • KDS: kiosk-pos.pages.dev/kds.html?t=SLUG
  • Customer Order: kiosk-pos.pages.dev/order.html?t=SLUG
  • Admin: kiosk-pos.pages.dev/admin.html?t=SLUG

Gantikan SLUG dengan nama kedai anda (contoh: kedai-mak-teh-ab12).

Apa itu SLUG?

SLUG adalah ID unik kedai anda — ia dibuat secara automatik daripada nama kedai anda masa sign up. Contoh: jika nama kedai anda "Kedai Mak Teh", slug mungkin kedai-mak-teh-ab12.

SLUG ini ada dalam semua link anda (parameter ?t=).

Menu & Kategori

Macam mana nak tambah menu?
  • Buka Admin Panel → tab Categories → tambah kategori (cth: Minuman, Makanan)
  • Pergi tab Menu Items → klik + Add
  • Isi nama, harga, kategori dan description (optional)
  • Klik Save — menu terus live untuk pelanggan
Boleh saya hide item tanpa delete?

Ya. Edit item → tukar status kepada Off (inactive). Item tidak akan muncul pada pelanggan tapi masih ada dalam sistem anda.

Boleh set harga dalam Ringgit?

Ya, default currency adalah RM. Anda boleh tukar di Admin Panel → Settings → Currency Symbol.

PIN & Akses

Lupa PIN saya — apa nak buat?

Email kami di support@kiosk-pos.my dengan subject "Reset PIN" dan sertakan email yang anda guna masa sign up. Kami akan reset dalam masa 24 jam.

Macam mana nak tukar PIN?

Admin Panel → klik Settings (butang atas kanan) → field Admin PIN → masuk PIN baru → Save.

Boleh lebih dari satu orang guna PIN yang sama?

Ya. PIN adalah untuk satu kedai — semua pekerja boleh guna PIN yang sama untuk akses POS dan KDS. Admin Panel sepatutnya diakses oleh owner sahaja.

Order & KDS

Macam mana order pelanggan sampai ke dapur?

Pelanggan scan QR → pilih item → tekan Order. Order terus muncul di KDS (Kitchen Display Screen) dalam masa beberapa saat. Tiada WhatsApp, tiada relay manual.

Apa beza POS dan KDS?
  • POS — untuk cashier di kaunter, boleh terima order manual dan tandakan bayaran
  • KDS — untuk dapur, papar order yang masuk, ada butang Start dan Done
Order hilang selepas refresh KDS — normal ke?

KDS auto-refresh setiap 10 saat. Order yang sudah Done atau Cancelled tidak dipapar semula. Ini adalah cara ia berfungsi — order yang dah selesai dibuang dari paparan untuk kelancaran operasi.

Langganan & Bayaran

Macam mana nak cancel atau tukar plan?

Admin Panel → Settings → klik Manage Billing. Ini akan buka portal Stripe di mana anda boleh:

  • Tukar plan (Basic ↔ Pro)
  • Update kad kredit
  • Cancel langganan
  • Lihat invois
Apa jadi kalau saya tak bayar renewal?

Stripe akan cuba charge semula dalam 3 hari. Jika gagal, akaun anda akan jadi past_due dan pelanggan tidak boleh buat order baru. Data menu dan order anda selamat — akses akan pulih bila bayaran berjaya.

Ada free trial?

Belum ada free trial buat masa ini. Plan Basic RM49/bulan adalah harga paling rendah kami. Cuba demo kami di order.html?t=demo sebelum subscribe.

Masih ada soalan?

Email kami dan kami akan balas dalam masa 24 jam

support@kiosk-pos.my